4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran di timur laut China disyaki berpunca daripada basikal elektrik

Bernama
September 14, 2024 20:00 MYT
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang, ibu kota Wilayah Liaoning di timur laut China. - Foto hiasan
SHENYANG: Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang, ibu kota Wilayah Liaoning di timur laut China, menurut pengumuman pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut siasatan awal, kebakaran itu dipercayai disebabkan oleh sebuah basikal elektrik yang terbakar ketika sedang dicas di luar bangunan, yang berkemungkinan telah menyalakan lapisan penebat bangunan terbabit. Butiran khusus mengenai kejadian itu masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
#kebakaran #Timur Laut China #Shenyang #basikal elektrik
;