4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Astro Awani
November 30, 2023 08:30 MYT
November 30, 2023 08:30 MYT
CHICLANA: Empat pendatang asing maut selepas terjatuh dari sebuah bot laju haram di sebuah pantai di Cadiz di selatan Sepanyol pada Rabu.
Bagaimanapun saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Agensi Perkhidmatan Penyelamat Maritim Negara Sepanyol berkata, bot itu membawa seramai 27 pendatang kesemuanya dan 23 daripada mereka terselamat.
Rakaman turut menunjukkan sebuah bot laju sedang belayar berhampiran pantai Camposoto di bandar Chiclana sementara pegawai polis dan anggota Persatuan Palang Merah hanya memerhati bagi menghalang mereka masuk.
Lapan lagi pendatang lelaki dewasa ditinggalkan di pantai Sancti Petri.
Mereka dirawat oleh kakitangan perubatan dengan tiga daripada mereka terus dibawa ke hospital akibat hipotermia.