4 parah ditikam dalam serangan di gimnasium Jerman

Astro Awani
April 19, 2023 12:23 MYT
Pihak berkuasa berkawal di hadapan lokasi kejadian serangan di bandar Duisburg, Jerman. -AP
BERLIN: Empat orang cedera parah dalam serangan menggunakan senjata tajam di sebuah gimnasium di bandar Duisburg, barat Jerman.
Polis berkata mereka menerima panggilan kecemasan pertama pada Selasa kira-kira jam 5.40 petang waktu tempatan, lapor AP.
Kesemua empat mangsa yang cedera ialah warga Jerman, menurut polis tanpa memberikan butiran lanjut mengenai identiti mereka.
Tiga mangsa berada dalam keadaan kritikal, kata polis Duisburg lagi.
Polis percaya sejenis senjata tajam digunakan dalam serangan itu, namun tidak memberikan maklumat lanjut.
Polis juga mengesahkan suspek penyerang masih bebas dan kini sedang diburu.
Motif serangan sedang disiasat.
#Jerman #serangan di gimnasium #Duisburg #empat mangsa parah
;