4 maut pesawat ringan terhempas di Atlanta, AS

Bernama
Oktober 9, 2021 12:13 MYT
Keadaan pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang DeKalb-Peachtree, daerah DeKalb, Georgia, 8 Okt, 2021. (Foto AP)
WASHINGTON: Empat penumpang sebuah pesawat kecil terbunuh pada Jumaat dalam satu nahas udara berhampiran Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media.
Beberapa media melaporkan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memaklumkan sebuah pesawat ringan Cessna 210 terhempas kira-kira 1.10 tengah hari sejurus berlepas dari Lapangan Terbang DeKalb-Peachtree di pinggir timur laut Atlanta.
Menurut Jabatan Bomba DeKalb County kejadian itu turut menyebabkan pesawat terbakar dan kesemua mangsa maut di tempat kejadian.
Maklumat mengenai identiti mangsa belum dikeluarkan.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan mengetuai siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA
#pesawat terhempas #Cessna 210 #Atlanta #pesawat terbakar
;