COLOMBO: Empat terbunuh dan lebih 170,000 penduduk terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang melanda Sri Lanka sejak beberapa hari lalu.

Setakat Sabtu pagi, tujuh orang dilaporkan hilang manakala dua lagi cedera, kata Pusat Pengurusan Bencana lapor Agensi Berita Xinhua.

Lebih 5,000 penduduk dipindahkan ke lokasi lebih selamat, 65 rumah dilaporkan mengalami kerosakan di daerah paling teruk terjejas.

Jabatan Meteorologi berkata curahan hujan diramal mencecah 150 milimeter pada hujung minggu manakala kelajuan angin dijangka mencecah 50 hingga 55 kilometer sejam di wilayah utara, tengah dan barat laut.

Amaran tanah runtuh turut dikeluarkan di beberapa daerah.

-- BERNAMA