4 maut ditembak di Georgia, suspek masih bebas

Bernama
Julai 16, 2023 12:28 MYT
Pihak berkuasa sedang memburu suspek Andre Longmore yang disyaki menembak mati tiga lelaki dan seorang wanita di Hampton. -AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan besar-besaran di negeri Georgia, Amerika Syarikat, Sputnik memetik laporan CBS pada Sabtu.
Insiden tembakan berlaku sekitar 10.45 pagi EST (14:45 GMT) waktu tempatan di Henry County yang terletak sekitar 30 batu di selatan Atlanta.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Andre Longmore dilapor masih bebas, menurut kerajaan tempatan sambil menggesa orang ramai mengelak kawasan kejadian.
Siasatan mengenai kejadian itu 'sedang dijalankan'.
-- BERNAMA
#tembakan #empat maut #Henry County #Andre Longmore
;