4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Bernama
September 3, 2024 12:50 MYT
September 3, 2024 12:50 MYT
WASHINGTON: Empat orang terbunuh dalam satu insiden tembakan di dalam sebuah kereta api di Chicago pada awal pagi Isnin, lapor Xinhua memetik laporan polis
Kesemua mangsa itu dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Berdasarkan rakaman keselamatan, mangsa kelihatan sedang tidur dan duduk secara berasingan. Kejadian berlaku di dua gerabak kereta api yang berasingan, menurut Jabatan Polis Forest Park.
Seorang suspek ditahan dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah ditemui.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
Menurut Arkib Keganasan Senjata, lebih 380 insiden tembakan berlaku di Amerika Syarikat setakat tahun ini.
-- BERNAMA