4 maut ditembak anggota polis dalam tren di India
Bernama
Julai 31, 2023 19:16 MYT
Julai 31, 2023 19:16 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila seorang pegawai polis dari Pasukan Perlindungan Kereta Api (RPF) didakwa melepaskan tembakan di dalam kereta api yang sedang bergerak di negeri Maharashtra di India pada Isnin, menurut sumber rasmi.
Insiden itu berlaku di dalam kereta api "Jaipur Express" (Nombor Kereta Api 12956), yang dalam perjalanan dari bandar Jaipur menuju ke Mumbai, selepas melintasi stesen kereta api Palghar, hampir 60 batu dari Mumbai, lapor Xinhua.
Antara yang maut ialah seorang anggota RPF, seorang pekerja pantri kereta api dan dua penumpang, menurut laporan media.
Suspek dilaporkan melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak berhampiran Stesen Dahisar untuk melarikan diri.
Dia kemudiannya ditahan bersama senjata automatik yang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.
-- BERNAMA