4 maut dalam serangan bom kereta dekat Istana Presiden Somalia

Agensi
Mac 22, 2017 01:30 MYT
Letupan itu berlaku beberapa jam selepas perdana menteri baru Somalia mengumumkan barisan kabinet baharu. - REUTERS/Feisal Omar
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas sebuah bom kereta meledak berhampiran Istana Presiden Somalia di Mogadishu.
Menurut pihak berkuasa kejadian berlaku apabila tentera cuba menghalang kenderaan berkenaan daripada merempuh pos pemeriksaan.
Letupan itu berlaku beberapa jam selepas perdana menteri baru Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed, mengumumkan barisan kabinet baharu yang dianggotai 26 orang.
Ia sebagai langkah mengukuhkan kuasanya dalam kerajaan pusat.
Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab namun dipercayai didalangi kumpulan Al-Shabaab.
#bom kereta #Istana Presiden #Mogadishu #Somalia