4 maut, 23 cedera dalam gempa 5.0 magnitud di China
Astro Awani
Mei 19, 2020 11:30 MYT
Mei 19, 2020 11:30 MYT
Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud di barat daya China malam tadi telah menyebabkan empat mangsa maut manakala 23 lagi cedera.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa China, gegaran di Qiaojia di wilayah Yunnan mula dirasai pada 9.47 malam pada kedalaman 8 kilometer.
Menurut saksi, gegaran dirasai selama beberapa saat itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah rumah roboh.
Data daripada Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun meletakkan gempa bumi itu pada kekuatan 4.5 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer.
Perbezaan pada kedudukan dan waktu gempa oleh agensi pengesanan gempa bukan sesuatu yang luar biasa, terutamanya apabila melibatkan keluasan kawasan gegaran yang agak besar.
Gempa bumi pada kedudukan cetek sering mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada bangunan dan infrastruktur.