4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Agensi
Januari 11, 2025 11:45 MYT
Januari 11, 2025 11:45 MYT
DAMSYIK: Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Lima kanak-kanak mengalami patah tulang, lebam teruk, dan pengsan, menurut kenyataan pihak pertahanan awam.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab, kata Gabenor Damsyik, Maher Marwan kepada SANA.
“Kami sedang berusaha untuk mengambil langkah segera bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang di tempat awam pada masa akan datang,” lapor SANA yang memetik kenyataan beliau.