4 maut, 13 cedera terkena renjatan semasa perarakan keagamaan di India

Bernama
Julai 29, 2023 21:37 MYT
Beberapa orang yang membawa bendera, terkena renjatan elektrik apabila wayar bervoltan 11,000 terkena paip besi bendera berkenaan hingga mengakibatkan letupan. - Gambar hiasan/Bernama
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala lebih 13 lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik semasa perarakan keagamaan di Jharkhand, timur India pada Sabtu, lapor Xinhua.
Insiden berlaku di perkampungan Khetko di daerah Bokaro, iaitu kira-kira 100 kilometer timur laut Ranchi, Jharkhand.
Beberapa orang yang membawa bendera, terkena renjatan elektrik apabila wayar bervoltan 11,000 terkena paip besi bendera berkenaan hingga mengakibatkan letupan.
Empat orang maut, manakala 13 mangsa yang cedera dihantar ke hospital, menurut seorang pegawai kanan polis di Bokaro.
Pihak polis mengarahkan siasatan terhadap kejadian itu.
--BERNAMA-XINHUA
#terkena renjatan elektrik #perarakan agama #empat maut #Hospital
;