4 maut, 1 cedera dalam insiden tembakan di Georgia

Bernama
Februari 9, 2024 21:04 MYT
Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat. - Gambar hiasan
MOSCOW: Seramai empat orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah bandar Georgia berhampiran ibu negara Tbilisi pada Jumaat, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kejadian berlaku di pasar Istanbul di bandar Rustavi, kira-kira 20 kilometer tenggara Tbilisi, lapor Agensi Berita Anadolu.
"Suspek melepaskan beberapa das tembakan yang mengakibatkan empat maut, termasuk bapa saudaranya yang bekerja di pasar itu. Seorang sepupu suspek turut cedera dalam kejadian itu," katanya.
Kementerian itu berkata pihak berkuasa berjaya menahan suspek manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
-- BERNAMA
#insiden tembakan #Georgia #Tbilisi #Rustavi
;