4 mangsa dipercayai ditembak dalam serangan di Morgan State University

Astro Awani
Oktober 4, 2023 11:21 MYT
Jurucakap polis Vernon Davis memberitahu Baltimore Banner bahawa sekurang-kurangnya empat orang telah ditembak. -Reuters
BALTIMORE: Satu insiden tembakan dilapor berlaku di sebuah universiti di Amerika Syarikat pada Selasa malam.
Dalam kejadian di Morgan State University di Baltimore itu, beberapa orang dipercayai telah ditembak, memetik laporan The Guardian.
Difahamkan polis Baltimore telah berada di lokasi dan suspek dipercayai telah ditahan.

BPD Officials are now confirming that this incident is no longer considered an Active Shooter Situation. Everyone is still asked to shelter in place. A media briefing will occur soon. https://t.co/C5gNIbpoLR

— Baltimore Police (@BaltimorePolice) October 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami meminta semua orang berlindung di dalam bangunan dan mengelak berada kawasan itu," kata polis di akaun X.
Bagaimanapun tiada maklumat tentang suspek dan motif kejadian.
Jurucakap polis Vernon Davis memberitahu Baltimore Banner bahawa sekurang-kurangnya empat orang ditembak.
Keadaan mangsa tidak diketahui setakat ini.
Universiti itu dipercayai menempatkan lebih 9,000 pelajar pada akhir 2022.
#Morgan State University #serangan di Baltimore #beberapa mangsa ditembak #jurucakap polis
;