4 lagi kematian dicatat akibat MERS di Arab Saudi
Agensi
Ogos 31, 2015 07:41 MYT
Ogos 31, 2015 07:41 MYT
Arab Saudi mengesahkan empat lagi kematian dicatat akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah Virus Korona (MERS) pada Ahad.
Mangsa adalah terdiri daripada seorang wanita berusia 60 tahun dan tiga lelaki masing-masing berusia 57, 69 dan 78.
Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, ini menjadikan kes kematian akibat wabak itu kepada 507 orang sejak Jun 2012.
Jangkitan di Riyadh dicatat mencecah 1178 orang.
Ini termasuk 609 pesakit yang pulih, sementara 62 lagi masih menerima rawatan di hospital di seluruh Arab Saudi.
Sementara itu, kementerian kesihatan juga mengarahkan hospital meningkatkan langkah pencegahan bagi mengawal penularan wabak MERS.