4 fakta mengenai Mina Basaran, anak jutawan yang maut dalam nahas pesawat di Iran

Agensi
Mac 12, 2018 12:21 MYT
Antara foto terakhir Mina Bakaran yang dimuat naik di instagram sehari sebelum nahas yang mengorbankan nyawanya - Foto Instagram/minabasaran
MINA Basaran cukup dikenali di negara kelahirannya, Turki. Ayahnya seorang jutawan ternama yang memiliki segala bentuk kekayaan dunia termasuk jet peribadi.
Takdir menentukan Mina maut dalam jet milik ayahnya yang terhempas di Iran. Ketika itu Mina dalam perjalanan pulang ke Turki selepas menghadiri 'parti bujang' di Dubai.
Ini empat fakta yang anda perlu tahu mengenai Mina Baskaran.
1. Bakal berkahwin bulan depan
Mina yang maut bersama tujuh rakannya dalam nahas berkenaan mengadakan parti bujang itu bagi meraikan minggu-minggu terakhir zaman bujangnya.
Mina sepatutnya mendirikan rumah tangga bulan depan selepas mengikat tali pertunangan dengan pasangannya pada Oktober tahun lepas
2. Anak kesayangan jutawan Turki
Ayah Mina, Huseyin Basaran merupakan ahli perniagaan dan jutawan terkemuka di Turki. Bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Trabzonspor ini memiliki pelbagai jenis perniagaan selain antara pemegang saham utama Bank Timur Tengah Bahrain (BSC).
3. Sahabat sehidup semati
Dalam kemaskini terakhir di Instagram beberapa jam sebelum nahas, Mina memuat naik gambarnya bersama tujuh rakan karibnya, berpakaian jubah mandi dan bercermin mata gelap. Ia dirakam di Hotel One&Only Royal Mirage Dubai sebuah hotel mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

4. Populariti melonjak selepas mati
Mina agak popular di laman sosial Instagramnya dengan jumlah pengikut melebih 58,000 orang.
Namun sebaik berita kematiannya diketahui jumlah pengikut Instagramnya melonjak kepada lebih 73,300 orang.
#Dubai #Instagram #Istanbul #mati #maut #Mina Baskaran #Nahas #pesawat #terhempas #Turki #UAE
;