4 didakwa bantu pengganas dalam insiden serangan pasar raya Paris

AFP
Januari 21, 2015 21:00 MYT
Mahkamah Perancis mendakwa 4 suspek atas tuduhan membantu seorang lelaki bersenjata ketika serangan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris. -Gambar fail
Mahkamah Perancis mendakwa empat suspek atas tuduhan membantu seorang lelaki bersenjata ketika serangan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris baru-baru ini.
Menurut pendakwa, Francois Molins, empat lelaki itu, yang berusia di antara 22 dan 28 tahun, telah didakwa dan ditahan pada Selasa malam.
Tiga daripada mereka disyaki telah membeli "peralatan" untuk Amedy Coulibaly, yang menembak mati seorang polis wanita pada 8 Januari dan membunuh empat orang dalam satu drama tebusan di sebuah pasar raya Yahudi keesokan harinya.
Suspek dari pinggir bandar Paris itu dikenal pasti sebagai Willy P., Christophe R., Tonino G. dan Michael A. Mereka didakwa dengan "konspirasi pengganas untuk mencederakan orang ramai."
Salah seorang daripada mereka turut didakwa memiliki senjata, kata Molins.
#Charlie Hebdo #Francois Molins #Paris #pasar raya #Perancis #Yahudi
;