4 cedera dalam serangan bom di Jeddah
Saraya Mia
November 11, 2020 21:01 MYT
November 11, 2020 21:01 MYT
SERAMAI empat orang termasuk diplomat dari Perancis cedera dalam serangan bom di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu, lapor Kementerian Luar Perancis.
Mereka dikenal pasti sebagai antara konsulat Eropah yang menghadiri Hari Peringatan Perang Dunia Pertama (WW1) di tanah perkuburan bukan Islam Jeddah yang disambut setiap tahun bagi menghormati mangsa perang terkorban.
"Upacara tahunan itu menjadi sasaran serangan menggunakan peranti letupan (IED) terhadap konsulat dari beberapa negara termasuk Perancis yang mencederakan beberapa orang pagi tadi.
“Perancis mengecam keras serangan itu dan menyifatkannya sebagai pengecut dan tidak sepatutnya dilakukan,” kata kementerian itu.
Sementara itu, Greece turut melaporkan seorang rakyatnya tercedera akibat serangan yang berlaku pada upacara yang disambut negara-negara Komanwel.
Susulan kejadian itu, Perancis menggesa agar rakyatnya di Jeddah supaya lebih berjaga-jaga dan mengutaman keselamatan.
Sambutan hari peringatan yang ke-102 itu disambut oleh beberapa negara bagi memperingati peristiwa berakhirnya WW1 1914-1918.
#Jeddah
#Arab Saudi
#letupan bom
#IED
#diplomat
#eropah
#Perancis
#Paris
#WW1
#konsulat
#Hari Peringatan Perang Dunia I