4 cedera dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah di Chicago

Bernama
Disember 24, 2021 10:34 MYT
Empat orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar Chicago pada Khamis. - Foto AP
CHICAGO: Empat orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar Chicago pada Khamis, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang. (2345 GMT) di pusat beli-belah Oakbrook Center, apabila dua lelaki berbalas tembakan di kawasan koridor di bahagian timur pusat beli-belah itu, kata Ketua Polis Oak Brook James Kruger pada sidang akhbar.
Seorang daripada lelaki itu cedera dan telah ditahan. Tiga orang awam turut dilaporkan cedera.
Polis telah menahan dua suspek terbabit dan sedang menyiasat kemungkinan suspek ketiga.
-- BERNAMA
#kejadian tembakan #Chicago #pusat beli belah #Oakbrook Center #Oak Brook Mall #James Kruger