4 bot tempur buatan AS dinaiki tentera Ukraine dimusnahkan Rusia di Laut Hitam

Bernama
September 4, 2023 16:23 MYT
Empat bot tempur pantas buatan AS, Willard Sea Force, yang digunakan tentera Ukraine telah dimusnahkan di Laut Hitam. -Gambar fail/willardmarine.com
MOSCOW: Empat bot tempur pantas buatan AS, Willard Sea Force, yang digunakan tentera Ukraine telah dimusnahkan di Laut Hitam dalam satu operasi sepanjang malam, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin, lapor Sputnik.
"Pada 4 September 2023, pesawat tentera armada Laut Hitam Rusia telah memusnahkan empat bot tentera pantas buatan AS dengan kumpulan pendaratan tentera Ukraine di bahagian barat laut Laut Hitam ketika ia bergerak ke arah Cape Tarkhankut di pantai Crimea," menurut kenyataan kementerian itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
#bot tempur #konflik Rusia-Ukraine #Willard Sea Force #Laut Hitam
;