4 anggota tentera India terbunuh di Kashmir

Bernama
Disember 22, 2023 14:48 MYT
Empat askar India terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam pertempuran di daerah Poonch, Jammu dan Kashmir. - Gambar fail/ AP
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat tentera India terbunuh dalam serangan hendap di daerah Poonch, Jammu dan Kashmir.
Sebanyak dua kenderaan tentera yang membawa askar ke lokasi operasi ketenteraan diserang pada petang Khamis di kawasan Dera Ki Gali, lapor media India.
Menurut jurucakap tentera empat askar terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam pertempuran itu.
Pada November, lima anggota tentera terbunuh dalam pertempuran dengan militan di daerah Rajouri, Jammu dan Kashmir.
-- BERNAMA
#Jammu dan Kashmir #tentera India maut #pertempuran #sempadan Pakistan
;