4,651 rakyat Palestin mangsa korban Israel sejak 7 Oktober

Agensi
Oktober 23, 2023 09:30 MYT
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 4,651 rakyat negara itu terbunuh di Semenanjung Gaza semenjak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu sehingga semalam (Ahad). - Gambar AP
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 4,651 rakyat negara itu terbunuh di Semenanjung Gaza semenjak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu sehingga semalam (Ahad).
Kementerian yang berada di bawah kawalan kumpulan Hamas itu berkata, jumlah berkenaan merangkumi 1,873 kanak-kanak, 1,101 (wanita) dan 1,677 (lelaki).
Sementara jumlah mangsa yang cedera pula adalah seramai 14,245 orang, kata kementerian itu. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #mangsa korban #rakyat Palestin terkorban #Hamas
;