38 banduan maut kebakaran di penjara Burundi

Astro Awani
Disember 8, 2021 09:06 MYT
Ramai daripada mereka yang maut adalah banduan warga emas. - Foto REUTERS
NAIROBI: Sekurang-kurangnya 38 banduan terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran di penjara utama di ibu negara Burundi, Gitega.
Naib Presiden negara itu, Prosper Bazombanza berkata, 12 maut akibat sesak nafas ketika mereka cuba menyelamatkan diri daripada bangunan yang terbakar itu.
Manakala 26 lagi maut akibat kecederaan parah akibat melecur.
Beliau tidak mengulas mengenai punca kebakaran tersebut, bagaimanapun saksi penduduk setempat berkata, kebakaran itu berlaku sebelum subuh.
Saksi kejadian berkata, ramai daripada mereka yang maut adalah banduan warga emas.
Kebakaran berlaku pada Ogos di penjara yang sama yang menurut pihak berkuasa berpunca daripada litar pintas.
#penjara #kebakaran #Prosper Bazombanza #banduan
;