377 lagi mangsa korban di Gaza, jumlah keseluruhan kini lebih 7,700

Astro Awani
Oktober 28, 2023 07:30 MYT
Kebakaran dan kepulan asap dilihat di Semenanjung Gaza susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel. - Foto AP
GAZA: Pihak berkuasa Palestin mendedahkan 377 lagi mangsa terbunuh akibat serangan kejam rejim Israel di Gaza pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban ketika ini adalah 7,703 mangsa dalam tempoh tiga minggu sejak serangan dilancarkan.
Terbaharu, Israel melancarkan operasi darat yang diperluaskan selepas menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.
Infantri dan kenderaan berperisai disokong oleh serangan besar-besaran dari udara dan laut semalaman sejak Jumaat hingga Sabtu, termasuk pengeboman terowong Hamas.
Negara-negara lain, termasuk pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan menyifatkan situasi yang teruk di lapangan di Gaza ketika ini.
#angka korban #Gaza #Israel #operasi darat
;