37 pusat penjagaan kesihatan di Lubnan henti operasi berikutan serangan Israel - WHO

Bernama
September 27, 2024 05:00 MYT
Keadaan di sebuah pusat perlindungan sementara yang menempatkan penduduk yang hilang tempat tinggal dari Hermel dan perkampungan selatan Lubnan, susulan konflik Hizbullah-Israel di Tripoli, utara Lubnan, 27 Sept, 2024. - REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa 37 daripada 317 pusat kesihatan di Lubnan telah menghentikan operasi berikutan serangan udara Israel yang bermula pada 23 September, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan yang dikongsi di platform X, organisasi itu menekankan keperluan kritikal untuk melindungi kemudahan perubatan.
WHO melaporkan bahawa penutupan ini telah meninggalkan jurang yang ketara dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara.
Menurut WHO, akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah penting sebagai akses kepada makanan, air dan tempat tinggal. Saluran media Lubnan menunjukkan bahawa majoriti pusat perubatan yang terjejas terletak di selatan Lubnan.
Sejak Isnin, Israel melancarkan serangan paling meluas dan dahsyat ke atas Lubnan, mengakibatkan lebih 728 kematian, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta 2,658 kecederaan dan hampir 390,000 orang kehilangan tempat tinggal, menurut data rasmi kerajaan Lubnan.

37 out of 317 health centers across #Lebanon have shut down and can no longer provide services due to the recent escalation in violence. Along with food, water and shelter, access to health services is a lifeline. pic.twitter.com/wdJd7qs4Os

— WHO Lebanon (@WHOLebanon) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#pusat jagaan kesihatan henti operasi #lubnan #Israel #Palestin
;