36 maut dalam insiden rempuhan di India

Astro Awani
Februari 11, 2013 08:34 MYT
SEDIH: Beberapa ahli keluarga mangsa terlalu sedih dengan kejadian tragik itu.
Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam insiden rempuhan di sebuah stesen keretapi di Allahabad, utara India.
Allahabad adalah bandar yang menjadi lokasi kepada satu upacara keagamaan yang sentiasa dihadiri jutaan penganut Hindu.
Rempuhan berlaku apabila orang ramai cuba menyelamatkan diri selepas berlaku runtuhan di jejambat stesen berkenaan.
Saksi menyatakan sesetengah mangsa yang terbunuh, tidak dapat diselamatkan setelah mereka dibiarkan terbaring beberapa jam sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.
Media tempatan melaporkan 20 orang mungkin terkorban ketika berpuluh ribu orang bersesak-sesak di lokasi kejadian semasa insiden berlaku.
#Allahabad #India #insiden rempuhan #stesen keretapi #Terbunuh