35 rakyat Pakistan maut dalam kemalangan bas di Iran

Bernama
Ogos 21, 2024 17:30 MYT
Para penumpang kebanyakannya berasal dari Larkana, Ghotki, dan bandar-bandar lain di wilayah Sindh, di selatan Pakistan. - Gambar/ AP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 35 penumpang maut dan 15 lagi cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbalik di sebuah pusat pemeriksaan di Iran, lapor Agensi Anadolu.
Kemalangan berlaku di bandar Yazd, Iran, menurut Radio Pakistan yang dikendalikan kerajaan.
Para penumpang kebanyakannya berasal dari Larkana, Ghotki, dan bandar-bandar lain di wilayah Sindh, di selatan Pakistan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.
-- BERNAMA
#kemalangan bas #Iran #rakyat Pakistan #angka korban