35 maut dalam tragedi sambutan Tahun Baru di Shanghai

AFP
Disember 31, 2014 23:45 MYT
Sekumpulan ahli keluarga mereka yang terbunuh cuba merepuh kawalan keselamatan polis di hospital di Shanghai. - AFP PHOTO / YANUAR
Sambutan ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam kejadian bersesakan di Shanghai, China.
Sedang serata dunia meraikan ketibaan 2015 dengan percikan bunga api di bandar-bandar utama, kesedihan melanda bandar pusat kewangan China itu.
Kejadian berlaku sejurus kiraan detik menjelang Tahun Baru tengah malam tadi ketika orang ramai tertumpu di kawasan Bund untuk meraikan kehadiran Tahun Baru, kata kerajaan China dalam satu kenyataan.
Disamping itu juga, 42 yang lain dilaporkan cedera.
Punca kejadian kini disiasat dengan pemimpin tempatan menggesa kerajaan memberikan tumpuan kepada mereka yang cedera.
Sekeping gambar dari akhbar Shanghai Daily memaparkan beberapa mayat bergelimpangan dan mereka yang cedera di lokasi sambutan.
Lokasi sambutan diubah ke kawasan baru di Bund tahun ini, berikutan kebimbangan kemungkinan tidak dapat menampung kehadiran ramai pengunjung.
Tahun lalu sahaja lebih 300,000 hadir di acara sambutan Tahun Baru.
#China #Shanghai #tahun baru