35 maut dalam letupan stesen minyak di Nigeria

Astro Awani
September 11, 2018 08:25 MYT
Asap hitam dan api kelihatan dari jauh susulan kejadian letupan di stesen minyak di Lafia, Nigeria, 10 Sept, 2018. REUTERS
Sekurang-kurangnya 35 terbunuh manakala beratus-ratus cedera apabila sebuah stesen minyak di utara Nasarawa, Nigeria meletup pada Isnin.
Pejabat Agensi Pengurusan Kecemasan (SEMA) melaporkan kemalangan itu berlaku di sebuah stesen minyak sepanjang Jalan Lafia-Makurdi yang menghubungkan ibu kota Abuja dengan bahagian utara dan selatan Nigeria.
Susulan kejadian itu, angka kematian dijangka akan meningkat.
Kesemua mangsa yang terkorban dipercayai merupakan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.
Terdahulu pada Jun, sekurang-kurangnya sembilan maut di Lagos apabila sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak meletup dan memusnahkan 53 kenderaan lain.
#Abuja #kematian #letupan #Nigeria #stesen minyak
;