35 calon bertanding pilihan raya presiden Sri Lanka
Agensi
Oktober 7, 2019 00:12 MYT
Oktober 7, 2019 00:12 MYT
Seramai 35 calon memfailkan nama untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Sri Lanka pada bulan depan.
Bagaimanapun, penyandangnya memilih untuk tidak bertanding bagi penggal kedua ekoran kemasukan bekas Ketua Pertahanan terkenal, Gotabaya Rajapaksa dilihat sebagai calon pilihan.
Rajapaksa yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pertahanan di bawah saudaranya, Presiden Mahinda Rajapaksa berhasrat mengakhiri perang saudara sri lanka yang berpanjangan sejak sedekad lamanya.
Presiden Maithripala Sirisena yang mungkin mengalami kesulitan mengalahkan Gotabaya Rajapaksa mengambil keputusan tidak membayar deposit mandatori pada tarikh akhir iaitu Ahad dan tidak layak untuk memfailkan pencalonan.
Calon bertanding untuk pemilihan presiden kali ini merupakan rekod tertinggi di mana sebelum ini pada 2010 seramai 22 calon.
Antara calon presiden lain adalah dua rahib Buddha, empat orang dari masyarakat minoriti Muslim negara itu dan dua dari masyarakat Tamil dan seorang calon wanita.
#calon pilihan raya
#Gotabaya Rajapaksa
#Mahinda Rajapaksa
#Pilihan Raya Presiden Sri Lanka
#Sri Lanka