34 maut dalam serangan bunuh diri di Baghdad

Agensi
Oktober 15, 2016 21:09 MYT
Orang ramai menunjukkan kesan kemusnahan akibat serangan bom di bandar Shaab pada Sabtu. - AFP PHOTO / SABAH ARAR
Sekurang-kurangnya 34 terbunuh dalam satu serangan bom di Baghdad, serangan terburuk sejak tiga bulan lalu di ibu kota Iraq itu.
Serangan didakwa dilakukan kumpulan Daish yang dikata menyasarkan kumpulan Syiah Iraq, menjadikan jumlah yang terbunuh sejak tiga minggu lalu kepada 60 orang.
Tragedi terbaharu ini berlaku di sebuah majlis pengkebumian dimana mereka yang sedang berkabung sedang berkumpul di bandar Shaab ke utara Baghdad yang majoritinya dihuni pengikut Syiah.
Kumpulan Daish dalam satu kenyataan di internet mengakui melakukan serangan itu dan berkata bom diletupkan oleh seorang lelaki yang memakai baju yang sarat dengan bahan letupan.
#daish #Iraq #serangan bom #serangan bunuh diri #serangan nekad #Shaab
;