33 maut hujan paling lebat landa Beijing

Bernama
Ogos 9, 2023 17:54 MYT
Selain ibu negara China, wilayah Hebei berhampiran Beijing turut terjejas teruk, dengan berpuluh-puluh kematian dilaporkan. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Angka kematian akibat hujan lebat berpunca daripada ribut tropika Doksuri di sini minggu lepas meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan televisyen tempatan pada Rabu.
Sejurus selepas ribut itu melanda ibu negara China, sebanyak 11 kematian dilaporkan pada awalnya.
Bagaimanapun pada Rabu, televisyen China melaporkan terdapat 22 lagi mangsa yang meninggal dunia.
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Ribut tropika Doksuri mencetuskan hujan paling lebat pernah direkodkan melanda Beijing sejak 140 tahun lalu.
Selain ibu negara China, wilayah Hebei berhampiran Beijing turut terjejas teruk, dengan berpuluh-puluh kematian dilaporkan.
-- BERNAMA
#Beijing #ribut tropika Doksuri #hujan paling lebat #33 maut
;