33 maut, 19 cedera tanah runtuh di lebuh raya
Bernama
Januari 14, 2024 12:10 MYT
Januari 14, 2024 12:10 MYT
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera dalam insiden tanah runtuh di lebuh raya berhampiran bandar Carmen de Atrato di wilayah Choco di Colombia.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat, lapor Agensi Anadolu.
"Saya amat kesal dengan kehilangan 33 nyawa dalam tragedi itu, kebanyakannya kanak-kanak...," kata Naib Presiden Francia Marquez di X.
Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon berkata pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke wilayah itu dan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
-- BERNAMA