32 penumpang terbunuh selepas bas terjunam ke dalam sungai

Agensi
Disember 23, 2017 06:14 MYT
Keadaan bas penumpang yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Rajastan, Barat India. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh selepas sebuah bas penumpang terjunam ke sebatang sungai di Rajastan, Barat India.
Kejadian itu berlaku selepas bas berkenaan dipandu laju dan cuba memotong kenderaan lain ketika melintasi jambatan tersebut sebelum terjunam ke dalam sungai sekitar jam 6 pagi.
Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat setakat ini telah membawa keluar 32 mayat daripada bas berkenaan.
Bas tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan ke Lalsot selepas mengambil penumpang dari stesen kereta api Sawai Madhopur.
Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.
Bagaimanapun keletihan pemandu, kecuaian, jalan raya yang berkualiti rendah dan masalah penyelenggaraan adalah punca biasa kemalangan di India.
Setiap tahun polis India merekodkan lebih 110,000 orang mati akibat kemalangan di negara itu.
#API #bas #bergelimpangan #Cuba #India #jatuh #kemalangan #kereta #mati #mayat #polis #terjunam
;