31 maut dalam serangan di Mali

Bernama
Disember 5, 2021 12:31 MYT
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh manakala 17 lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang sebuah trak, di Mali pada Jumaat. - Gambar hiasan
BAMAKO: Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh manakala 17 lagi cedera selepas lelaki bersenjata menyerang sebuah trak, di Mali pada Jumaat, menurut kenyataan pihak berkuasa pada Sabtu.
Agensi Berita Xinhua melaporkan memetik kenyataan itu, sekumpulan penyamun menyerang dan membakar trak yang sedang dalam perjalanan membawa orang awam ke tapak pesta berhampiran perkampungan Songho.
Anggota keselamatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengesan dalang serangan itu, menurut kenyataan tersebut.
Presiden sementara Mali, Assimi Goita, turut mengisytiharkan negara berkabung selama tiga hari bermula Ahad susulan kejadian tragis itu. - BERNAMA
#31 maut #serangan #Mali #lelak bersenjata
;