31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia
Bernama
Februari 26, 2024 16:05 MYT
Februari 26, 2024 16:05 MYT
ANKARA: Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy pada Ahad.
Bercakap pada sebuah forum di ibu negara Kiev, Zelenskyy menafikan bahawa seramai 300,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang sejak dua tahun lepas seperti dakwaan Presiden Rusia, Vladimir Putin, lapor Agensi Anadolu.
"Tetapi setiap kehilangan ini adalah satu kerugian besar bagi kami," katanya pada forum bertajuk "Ukraine Year 2024".
Zelenskyy tidak mendedahkan bilangan tentera Ukraine yang cedera, menegaskan dengan berbuat demikian akan membantu perancangan tentera Rusia.
Ini adalah kali pertama Kiev mengesahkan bilangan kematian dialami negara itu sejak Moscow melancarkan "operasi ketenteraan khas" ke atas negara itu pada 24 Feb 2022.
-- BERNAMA