302 individu disahkan maut akibat banjir di China

Astro Awani
Ogos 2, 2021 07:16 MYT
Seorang lelaki dilihat sedang mendukung seorang wanita selepas bandar Zhengzhou ditenggelami air banjir. - Foto Chinatopix via AP
HENAN: Angka kematian akibat banjir di wilayah Henan, China meningkat kepada sekurang kurangnya 302 orang.
Hampir 50 orang lagi masih hilang setelah wilayah itu dilanda banjir buruk susulan hujan tanpa henti sejak tiga hari lepas.
Media tempatan melaporkan, hampir 13 juta orang terjejas dengan 9,000 rumah rosak teruk akibat banjir itu.
Sebahagian besar kematian dilaporkan di kota Zhengzhou di mana banjir menggelamkan kawasan parkir kereta bawah tanah mengakibatkan banyak kenderaan hanyut dibawa arus deras.
Pada Isnin, pihak berkuasa tempatan melaporkan 39 orang maut dan ditemui di tempat letak kereta bawah tanah.
14 orang lagi terbunuh apabila air bergenang memenuhi jaringan keretapi bawah tanah.
Beberapa empangan di wilayah itu juga telah mencapai tahap atau paras amaran.
Presiden China, Xi Jinping turut memberi amaran mengenai kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda susulan daripada bencana alam itu.
#banjir #China #maut #meninggal dunia #hujan lebat
;