300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Agensi
September 7, 2020 19:23 MYT
September 7, 2020 19:23 MYT
Hampir 300 pelarian Rohingya ditemui di sebuah pantai di Aceh, Indonesia pada Isnin dan dipindahkan oleh sukarelawan tentera, polis dan palang merah.
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
Seramai 181 wanita, 100 lelaki dan 14 kanak-kanak diberi tempat perlindungan selain menerima bantuan daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa serta petugas kesihatan.
Pada Jun lalu, nelayan Indonesia menemukan 94 pelarian Rohingya yang lapar dan lemah di atas kapal kayu di Aceh, wilayah paling barat di Indonesia.
Ratusan ribu warga Rohingya melarikan diri dari Myanmar kerana tindakan keras tentera, dan majoritinya tinggal di kem pelarian yang padat di Bangladesh.