30 terbunuh lelaki bersenjata serang kampung di Nigeria

Bernama
Jun 6, 2023 04:00 MYT
Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah anggota kumpulan pengawal pertahanan diri manakala penyerang dipercayai daripada etnik Fulani. - Gambar hiasan
LAGOS: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh apabila enam perkampungan di Sokoto, Nigeria diserang lelaki bersenjata pada hujung minggu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah anggota kumpulan pengawal pertahanan diri manakala penyerang dipercayai daripada etnik Fulani.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, etnik Fulani kerap melakukan serangan ke atas komuniti petani tempatan dalam usaha menghalau kumpulan lain dari tanah mereka.
Bekas presiden Nigeria Muhammadu Buhari, yang juga dari etnik Fulani sering dituduh tidak melaksanakan tindakan yang sewajarnya bagi memerangi keganasan. Penggantinya, Bola Tinubu, kini berdepan tekanan untuk mengawal keadaan. - BERNAMA
#Nigeria #serangan bersenjata #angka korban #penduduk kampung dibunuh
;