30 terbunuh dalam serangan di timur Damsyik
Astro Awani
Januari 2, 2013 07:15 MYT
Januari 2, 2013 07:15 MYT
Lebih 30 terbunuh selepas tentera kerajaan Syria menyerang sebuah stesen minyak di timur Damsyik.
Ia disifatkan antara yang terburuk sejak kebangkitan anti-kerajaan. Menurut saksi, serangan ke atas stesen minyak di pinggir bandar Meleiha dilakukan sekitar jam 7 malam waktu tempatan pada Rabu.
Semua 30 mayat itu sukar dikenal pasti berikutan kecederaan teruk yang dialami. Rakaman video yang diambil oleh aktivis menunjukkan serangan dibuat ketika orang ramai sedang berbaris untuk mengisi bahan api.
Daerah Meleiha merupakan kawasan didiammi pengikut Sunnah dan menjadi penentang kuat kepada pemerintahan presiden Syria Bashar Al Assad.