30 terbunuh dalam rusuhan di Bangladesh

Agensi
Mac 1, 2013 09:15 MYT
Sekurang-kurangnya 30 dilaporkan terbunuh manakala beratus yang lain dilaporkan cedera dalam rusuhan di Bangladesh.
Kekacauan tercetus selepas mahkamah negara itu menjatuhkan hukuman mati ke atas salah seorang pemimpin pembangkang, Delwar Hossain Sayedee.
Berikutan keputusan berkenaan telah menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di seluruh Bangladesh.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, lebih 10 ribu anggota keselamatan ditugas mengawal bangunan kerajaan manakala kedudukan pengawal sempadan dipertingkatkan.
Keadaan di ibu negara Dhaka telah dilaporkan tegang sebaik keputusan diumumkan.
Pemimpin kanan Jamaat E Islami itu telah didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai sewaktu perang saudara menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.
Ketika mahkamah menjatuhkan hukuman para peguam yang mewakilinya bertindak memulau keputusan itu dan mereka akan mengemukakan rayuan.
Sayedee, 73 tahun menjadi tokoh ketiga yang disabitkan kesalahan selepas mahkamah memulakan siasatan terhadap pembabitannya dalam kekacauan 42 tahun lalu.
#Delwar Hossain Sayedee #Jamaat E Islami #protes di Bangladesh
;