30 terbunuh, 235 cedera dalam pertempuran di Libya

Astro Awani
November 16, 2013 09:18 MYT
Sekurang-kurangnnya 30 terbunuh, manakala lebih 235 lagi cedera apabila kumpulan bersenjata Libya bertempur dengan penunjuk perasaan yang menuntut supaya kumpulan pemberontak dibubarkan.
Menurut saksi, pertempuran berlaku apabila kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan rambang kepada penunjuk perasaan berkenaan.
Kejadian berlaku di tengah bandar misrata di mana kumpulan penunjuk perasaan berarak ke ibu pejabat kumpulan pemberontak menuntut supaya mereka meninggalkan Tripoli.
Demonstrasi yang pada pada mulanya aman itu bertukar ganas apabila kumpulan bersenjata mula melancarkan serangan.
Demonstrasi itu disertai beribu-ribu penunjuk perasaan, yang disifatkan tunjuk perasaan terbesar pernah diadakan.
Kerajaan Libya kini sedang giat menghapuskan saki baki tentera setia bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi yang masih menguasai sebahagian negara itu.
Selepas kejatuhan Gadddafi pada 2011, pihak berkuasa Libya masih belum dapat mengawal ketenteraman negara itu.
Perdana Menteri Libya Ali Zidan pada bulan lepas pernah diculik oleh kumpulan pemberontak berkenaan.
Libya kini masih belum mempunyai perlembagaan sendiri malah perbalahan diantara puak sekular dan ekstremis Islam telah melumpuhkan parlimen negara itu.
#Libya #Libya Ali Zidan #Muammar Gadaffi
;