30 maut dalam serangan dron, misil di pangkalan tentera Yaman

Astro Awani
Ogos 30, 2021 10:00 MYT
Seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Pangkalan Udara Al-Anad dirawat di sebuah hospital di Lahj. - Foto AP
SANAA: Serangan peluru berpandu dan dron di pangkalan tentera utama selatan Yaman pada Ahad mengorbankan sekurang-kurangnya 30 tentera.
Menurut jurucakap tentera Yaman, ini antara serangan paling dahsyat sejak beberapa tahun kebelakangan.
Menurut anggota tentera yang terselamat Nasser Saeed, ia berlaku di kawasan perumahan tentera di Pangkalan Udara Al-Anad.
Peluru berpandu itu mendarat dan meletup di kawasan yang didiami 50 tentera.
Jelas pegawai Yaman, sekurang-kurangnya tiga letupan berlaku di pangkalan udara itu.
Namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.
Sebaliknya, pegawai Yaman menyalahkan pihak Houthi atas serangan yang berlaku.
Walau bagaimanapun, jurucakap tentera Houthi tidak mengesah atau menafikan serangan itu.
Houthi sebelum ini melancarkan serangan serupa pada 2019 yang mengorbankan enam tentera.
Konflik yang berleluasa di Yaman telah mengorbankan 130,000 nyawa dan menyebabkan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.
#serangan #Yaman #Nasser Saeed #serangan dron dan misil
;