30 dilapor ditawan dalam insiden tebusan di pusat beli-belah Manila

Astro Awani
Mac 2, 2020 12:56 MYT
Gambar lokasi kejadian yang dirakamkan orang awam. -Twitter/RinChupeco
Kira-kira 30 pengunjung dilapor dijadikan tebusan di pusat beli-belah Virra Mall di Greenhills, San Juan, Manila.
Pengarah Polis Daerah, Brigadier Jeneral Johnson Almazan, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang mendengar beberapa das bunyi tembakan di kawasan itu.
Channel News Asia (CNA) melaporkan pihak polis turut menutup kawasan sekitar pusat beli-belah terbabit bagi mengelakkan orang awam menghampirinya.
Sementara itu, portal media tempatan, melaporkan sumber polis mendedahkan suspek dipercayai adalah bekas pengawal keselamatan di bangunan berkenaan.
Media tempatan turut melaporkan polis sudah menyerbu masuk ke pusat beli-belah itu.
Kejadian sempat dirakam saksi di luar pusat beli-belah terbabit.

Uhhh I am getting questions from news outlets about these videos so just credit to me if you use them? Last one before I vamoosed, situation STILL developing so I suggest everyone do same The wildest were the people STILL TRYING TO ENTER THE MALL ATE BUKAS NA LANG MILK TEA MO pic.twitter.com/Ao0B1EpLSD

— Rin (preorder WICKED AS YOU WISH 3/3/20) (@RinChupeco) March 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Asia #Manila #Media #news #polis #san juan #tebusan #tembakan
;