30 cedera, kereta api terkeluar landasan selepas rempuh lori

Agensi
September 5, 2019 06:02 MYT
Sekurang-kurangnya 30 penumpang alami kecederaan selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir dari landasan selepas bertembung sebuah lori di Yokohama, Jepun pada Khamis. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 30 penumpang mengalami kecederaan selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir dari landasan selepas merempuh sebuah lori di Yokohama, Jepun pada Khamis.
Pihak pengurusan kereta api tersebut, Keikyu Corp dalam satu kenyataan berkata, pelanggaran tersebut turut menyebabkan tingkap kaca di bahagian pemandu pecah.
Jelasnya lagi, sekurang-kurangnya tiga gerabak kereta api itu terkeluar dari landasan.
Susulan kejadian itu, pasukan keselamatan dikerahkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Salah seorang mangsa turut menceritakan keadaan ketika pelanggaran tersebut berlaku.
Memetik laporan Reuters, mangsa terkejut dengan bunyi tingkap pecah dan menyifatkan pelanggaran tersebut sebagai insiden yang mengejutkan.
Pihak berkuasa termasuk Menteri Pengangkutan kini menyiasat punca insiden tersebut berlaku.
Polis mengesahkan siasatan awal mendapati perlanggaran di antara lori dan kereta api itu tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut punca sebenar.
#Jepun #Keikyu Corp #kereta api #Lori #tergelincir #Yokohama