3 terbunuh, 64 cedera dalam rusuhan penjara di Filipina
Bernama
November 9, 2020 05:48 MYT
November 9, 2020 05:48 MYT
MANILA: Sekurang-kurangnya tiga tahanan terbunuh dan 64 yang lain cedera dalam rusuhan di penjara negeri Filipina pada Isnin pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Kehakiman (DOJ).
Setiausaha Kehakiman Emmeline Villar mengesahkan kematian itu, sambil menambah, "tetapi kami diberitahu ini mungkin belum muktamad."
Biro Pemulihan (BuCor) berkata, "pergaduhan beramai-ramai" meletus sekitar jam 8.39 pagi waktu tempatan dalam perkarangan Penjara New Bilibid yang mempunyai kawalan keselamatan ketat dan punca kejadian masih disiasat
Rusuhan pada Isnin itu adalah pergaduhan maut kedua berlaku di penjara berkenaan dalam tempoh sebulan. Terakhir, berlaku pada 9 Oktober, menyebabkan sembilan kematian dan tujuh yang lain cedera.
Dibangunkan untuk menampung 6,435 tahanan, Penjara New Bilibid yang terletak di Metro Manila ketika ini menempatkan 28,885 banduan, dengan kadar kesesakan 349 peratus, menurut data rasmi.
Kesesakan di penjara adalah situasi biasa di negara ini.
-- BERNAMA
#Filipina
#penjara
#rusuhan
#kesesakan
#Penjara New Bilibid
#kematian
#Terbunuh
#cedera
#Jabatan Kehakiman Filipina
#pergaduhan beramai-ramai
#kawalan keselamatan
#banduan