3 suspek rogol mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Januari 10, 2013 07:07 MYT
3 suspek mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol beramai-ramai dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu di New Delhi.
Dalan hujahnya, peguam mendakwa polis telah memanipulasi bahan bukti untuk menghukum suspek berkenaan.
Salah seorang daripada mereka membabitkan pemandu bas terbabit.
Siasatan sebelum ini mendapati, kesan darah pada baju semua suspek sepadan dengan DNA mangsa.
Semua enam suspek terlibat diheret ke muka pengadilan dengan seorang daripadanya dibicarakan di Mahkamah Juvana.
Kes 16 Disember itu telah meragut nyawa mangsa, seorang gadis pelajar perubatan berusia 23 tahun.
#India #mahkamah #rogol beramai-ramai
;