3 petugas kesihatan cedera parah ditikam dalam insiden serangan di hospital

Astro Awani
Jun 4, 2022 13:33 MYT
Keadaan di luar perkarangan Pusat Kesihatan Hospital Encino susulan kejadian serangan. - Foto AP
LOS ANGELES: Seorang doktor dan dua jururawat cedera parah apabila diserang seorang lelaki menggunakan pisau di unit kecemasan sebuah hospital di California, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Menurut Penolong Ketua Polis LAPD, Alan Hamilton, suspek memasuki Pusat Kesihatan Hospital Encino di Lembah San Fernando pada jam 4 petang sebelum menikam mangsa.
Katanya, selepas beberapa jam rundingan, suspek akhirnya berjaya ditahan.
"Siasatan awal mendapati suspek tiba ke hospital ini bagi mendapat rawatan. Dia kini telah ditahan," katanya.
Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Dignity Health Northridge dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Siasatan terperinci kini sedang dijalan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Dalam insiden Rabu lalu, lima orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah kampus hospital di Tulsa, Oklahoma.
BACA: 5 maut dalam insiden tembakan di kampus hospital
Dalam kejadian itu, suspek disahkan maut akibat tembakan.
#cedera parah #Pusat Kesihatan Hospital Encino #tiga petugas kesihatan cedera parah #insiden tikaman
;