3 maut dalam serangan pisau di Shanghai

Bernama
Oktober 1, 2024 13:02 MYT
Serangan pisau terbabit berlaku di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin. - Gambar hiasan/Adobe Stock
SHANGHAI: Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di sini pada Isnin, menurut polis tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.47 malam dan segera tiba di tempat kejadian.
Suspek, seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Lin ditahan di lokasi kejadian.
Kesemua 18 mangsa segera dihantar ke hospital untuk rawatan.
Bagaimanapun, tiga daripada mangsa meninggal dunia manakala yang lain tidak mengalami kecederaan mengancam nyawa.
Siasatan sedang dijalankan.
--BERNAMA-XINHUA
#tiga maut #serangan pisau #Shanghai #China
;