3 maut dalam insiden tembakan rambang di Toronto

Agensi
Julai 24, 2018 09:07 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan remaja wanita 18 tahun maut dalam insiden tembakan rambang di Greektown.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan remaja wanita 18 tahun maut dalam insiden tembakan rambang di Greektown pada Ahad malam waktu tempatan.
Ketua Polis Toronto, Mark Saunders ketika mengesahkan perkara itu berkata 13 lagi mangsa mengalami kecederaan dan kini beransur pulih.
Mangsa yang cedera berusia di antara 10 hingga 59 tahun.
Suspek penyerang berusia 29 tahun juga meninggal dunia ketika berbalas tembakan dengan polis.
Beliau enggan mendedahkan nama suspek memandangkan pihak berkuasa masih lagi menyiasat kes berkenaan.
Unit Siasatan Khas Ontario bagaimanapun mendedahkan suspek sebagai Faisal Hussain yang dipercayai mengalami masalah mental akibat tekanan yang serius.
#Faisal Hussain #Greektown #Mark Saunders #masalah mental #Toronto
;